Hercules: Penyiasat diberi dua minggu selesai siasatan

2015-08-03 1

Pasukan penyiasat diberi masa dua minggu untuk menyelesaikan siasatan berhubung tragedi pesawat Hercules C-130 milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang terhempas di Medan, Isnin lalu.

Panglima TNI, Jeneral Moeldoko berkata, tempoh tersebut diberikan kerana siasatan perlu dijalankan secara terperinci bagi mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan pesawat pengangkut berusia 51 tahun itu terhempas.