'Parti baru akan selesai masalah rakyat, hudud kemudian'

2015-08-03 3

Anak bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, Muhammad Faiz berkata hudud akan dilaksanakan dalam parti baru apabila semua permasalahan rakyat telah selesai secara keseluruhan dan akan mengikut undang-undang serta suara majoriti ahli parlimen.

Beliau juga memberi contoh sewaktu pemerintahan Nabi Muhammad, hudud dilaksanakan di peringkat akhir dalam perjuangan baginda.