Perlu batasan ucapan semai kebencian - Ambiga

2015-08-03 10

Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga mahu media negara ini membataskan hak bersuara khususnya mengenai ucapan dan kenyataan yang menyemai kebencian dan berbaur perkauman terhadap masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Katanya, walaupun beliau menyokong hak kebebasan bersuara tetapi tindakan dan kenyataan golongan berkenaan dianggap melampau dan menyokong jika undang-undang membanteras kebencian diadakan.