Hartanah MARA: Penjual akui kaut untung, kata MP

2015-08-03 5

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa, ahli perniagaan yang didakwa mendapat keuntungan dari pembelian harta tanah di Melbourne oleh MARA Inc Sdn Bhd mempertahankan bahawa urusniaga itu tidak menyalahi undang-undang.

Rafizi berkata, ahli perniagaan terbabit menemuinya semalam untuk menjelaskan mengenai tuduhan berkenaan, susulan pendedahan bahawa bayaran berlabihan dibuat untuk urusniaga berkenaan.