Hasrat wakil rakyat dan NGO progresif untuk mengadakan pertemuan tergempar di bangunan Parlimen hari ini bagi membincangkan laporan The Wall Street Journal bahawa USD$700 juta dana 1MDB disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjadi kenyataan.
Polis didakwa menafikan mereka menggunakan bilik mesyuarat sedangkan, menurut mereka, ahli Dewan Rakyat berhak menggunakan dewan.
Di sebalik semua karenah birokrasi itu, satu pertemuan diadakan di perkarangan parlimen dengan ahli parlimen bersila dan mencangkung.