Ambiga gesa Najib bercuti, adakan pilihan raya

2015-08-03 12

Penaung NGO masyarakat sivil Negaraku, Datuk S Ambiga hari ini meminta ahli parlimen pembangkang supaya bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggesa beliau menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak supaya bercuti.

Katanya, Najib perlu bercuti kerana terdapat penyiasatan yang sedang dijalankan bagi memastikan ia dilakukan dengan adil.