'Najib perlu letak jawatan seketika sementara siasatan'

2015-08-03 16

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berehat seketika dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa terdapat aliran wang 1MDB ke dalam akaun peribadinya.

Katanya, jika Najib berbuat demikian, ia akan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa beliau tidak bersalah.