Kenapa MAS ambil pekerja baru?

2015-08-03 2

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin hari ini mempersoal tindakan Malaysia Airlines (MAS) yang mengambil pekerja baru sedangkan mereka membuang pekerja-pekerja lama syarikat penerbangan itu.

Katanya, isu itu dimaklumkan kepada beliau oleh sebuah NGO yang mahu identiti mereka dirahsiakan setelah mendapat email daripada pihak MAS sendiri tentang pengambilan pekerja baru.