Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menafikan DAP dikuasai oleh keluarganya yang digelar oleh pengkritik sebagai ‘dinasti Lim’.
Katanya, tidak ada sesiapa yang mahu anaknya ke penjara merujuk kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dipenjara kerana memperjuangkan nasib seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol oleh pemimpin Umno.
Kit Siang bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan seorang lagi anaknya menyertai baris kepimpinan DAP.