Pak Samad bukan maskot mahupun hamba DAP

2015-08-03 7

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menafikan cakap-cakap bahawa Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang baru-baru ini menyertai parti berkenaan hanya sekadar maskot.

Katanya, DAP tidak memerlukan sebarang maskot, mahupun hamba tanpa mengira sama ada mereka itu Melayu, bukan Melayu, tua dan muda.