PAS Kelantan mahu keadilan untuk Muhyiddin

2015-08-03 4

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata adalah perlu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri diberikan keadilan.

Katanya, sekiranya pemecatan beliau adalah semata-mata kerana bersuara mendedahkan skandal 1MDB dan meminta penjelasan lanjut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, maka tindakan itu tidak sepatut.