Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata apa yang didakwa draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak yang disiarkan di laman web pemberi maklumat Sarawak Report adalah palsu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas tengah malam tadi, beliau berkata, kertas pertuduhan itu menunjuk ke arah satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan memberi amaran tindakan tegas terhadap pelakunya.