TI-M isytihar siasatan 1MDB sudah ‘mati’

2015-08-03 1

Badan anti-rasuah Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan siasatan 1MDB yang sedang berlangsung ibarat hidup segan mati tak mahu, atau lebih teruk lagi sudah “mati”.

Menerusi satu kenyataan media, presidennya, Akhbar Satar berkata perkembangan siasatan setakat ini, hanya ikan bilis yang dibawa ke muka pengadilan.