Solidariti media bersama The Edge 8 Ogos

2015-08-03 1

Gabungan Demi Kebebasan Media mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini bagi menyatakan solidariti bersama The Edge Media Group serta dua penerbitannya yang digantung.

Himpunan dikenali sebagai "808" itu akan bermula pada jam 11 pagi di Pasar Seni dan peserta kemudian bergerak ke arah Ibu Pejabat Majlis Peguam.

Gabungan itu disertai Gerakan Media Marah (GERAMM), institute Of Journalist ( IOJ), Foreign Correspondents Club Of Malaysia (FCCM), Reporter Sans Frontieres (RSF) dan Center for Indipendent Journalism (CIJ).

Free Traffic Exchange