Muhyiddin ikrar tak membisu hal rakyat, 1MDB

2015-08-03 5

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkirkan sebagai timbalan perdana menteri berikrar beliau tidak akan membisu daripada bercakap soal membabitkan kepentingan rakyat, termasuk 1MDB.

Katanya, walaupun ada rakan-rakan politik menasihatkannya supaya berhati-hati kerana mungkin ada pihak yang mahu mencari salah supaya jawatan timbalan presiden Umno dilucutkan tetapi beliau harus cakap kerana tidak berada dalam keadaan sindrom bisu.