Reman 3 aktivis, polis salah guna kuasa, kata peguam

2015-08-03 29

Kumpulan peguam yang mewakili tiga aktivis Adam Adli Abd Halim, Syukri Razab dan Mandeeep Singh yang ditahan reman berhubung himpunan #TangkapNajib pada Sabtu lalu, hari ini memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut peguam, tahanan reman yang dikeluarkan oleh Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan, adalah berlebihan, tidak berasas dan salah di sisi undang-undang.

Ini, kerana mereka tidak menghadiri perhimpunan itu yang diadakan 1 Ogos, sedangkan mereka ditangkap sehari awal iaitu 31 Julai.