'Belum ambil tindakan terhadap WSJ sebab amal demo

2015-07-29 5

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan belum mengambil sebarang tindakan terhadap akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report berhubung laporan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, pihak kerajaan juga belum memikirkan untuk menulis surat kepada WSJ kerana mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara.