Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang melawat Low Yat di Kuala Lumpur mahu semua pihak supaya tidak menjadikan rusuhan di pusat membeli belah itu sebagai isu perkauman.
Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak lagi mengapi-apikan apa yang berlaku terutamanya di media sosial dan mahu semua pihak berhenti mengadakan sebarang perhimpunan.