Lelaki yang didakwa mencetuskan kekecohan di Plaza Low Yat, hujung minggu lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit jenama Lenovo bernilai RM800.
Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, didakwa mencuri telefon bimbit milik Techasia Boutique di premis itu di Lot UG, K021, Tingkat UG, Plaza Low Yat, Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada jam 4.47 petang, 11 Julai lalu.