Bank di Greece beroperasi selepas ditutup 3 minggu

2015-07-29 1

Bank di Greece dibuka semula selepas ditutup selama tiga minggu oleh kerajaan bagi mengelakkan kejatuhan dalam sistem perbankan berikutan krisis hutang di negara itu.

Bagaimanapun, kawalan modal sejak 29 Jun lalu kekal, tetapi had pengeluaran tunai harian sebanyak 60 euro kini dilonggarkan kepada 420 euro seminggu.