Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang terpalit dalam skandal pembelian aset di Australia, memutuskan untuk berhenti melabur dalam hartanah di luar negara, kata bekas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau yang tamat perkhidmatannya pada 17 Julai lalu berkata agensi kerajaan itu juga akan menjual sebahagian daripada asetnya untuk membayar pinjaman dan tidak lagi meneruskan pelaburan di luar negara.