Bekas ahli DAP ‘tercari-cari’ bukti isteri Pua miliki RM3j

2015-07-29 3

Bekas ahli DAP Tony Tan Chee Chon hari ini pada sidang medianya mendakwa isteri Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempunyai wang sebanyak RM3 juta dalam akaun di luar negara.

Bagaimanapun setelah wartawan mendesak supaya beliau membekalkan dokumen berkaitan, Tan yang kini adalah ketua biro Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) bukan sahaja gagal memberikan bukti berkenaan tetapi mencabar wartawan supaya tidak takut menyiarkan dakwaannya itu.