Keanggotaan PAC: Saya tiada kuasa pecat, kata speaker

2015-07-29 3

Mengulas desakan beberapa pihak yang tidak berpuas hati dan mahu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua meletakkan jawatan dari Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC), speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bukan dirinya yang menentukan perkara itu.

Katanya, nama-nama keanggotaan PAC ditentukan oleh parti masing-masing dan beliau tidak mempunyai sebarang kuasa bagi memecat mana-mana wakil rakyat daripada jawatankuasa yang ditubuhkan oleh parlimen.