Polis dedah video kematian wanita kulit hitam di penjara

2015-07-29 175

Kematian seorang wanita berkulit hitam ketika dalam tahanan polis kerana didakwa memiliki dadah di Texas, Amerika Syarikat menimbulkan ketegangan kaum di seluruh negara itu.

Sebuah video kemudian disiarkan bagi membuktikan bahawa Sandra Bland, 28 tahun dipercayai membunuh diri kerana tiada anggota polis memasuki ataupun keluar dari sel tahanannya sebelum mayatnya dijumpai.