Skandal 1MDB: Pua ulangi tak pernah jumpa Justo

2015-07-29 2

Ahli Parlimen Petang Jaya Utara Tony Pua mengulangi pendirian bahawa beliau tidak pernah berjumpa dengan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo di Singapura.
Seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Katanya, pegawai penyiasat Thai Leftenan Jeneral Prawuth Thavornsiri juga tidak pernah menuduh Justo berjumpa dengan pemimpin pembangkang tetapi sekadar berkata beliau berjumpa dengan seseorang yang penting dari sesebuah negara di Singapura dan berunding menjual dokumen berkaitan 1MDB.