'Selamatkan M'sia' - Lim enggan ulas peranan PAS

2015-07-29 1

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang Siang yang meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai gabungan “Selamatkan Malaysia” demi menyelamatkan negara daripada kemelut skandal 1MDB enggan mengulas pembabitan PAS dalam pakatan baru itu.

Katanya, negara sudah mempunyai masalah yang besar, justeru tidak perlu membincangkan pembabitan parti Islam itu.