Merdeka Center: 74 peratus puas hati dengan Adenan

2015-07-29 6

Culaan pusat kajian bebas Merdeka Centre pada April lalu mendapati sebanyak 74 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem selepas 14 bulan beliau memegang tampuk kuasa di negeri itu.

Menurut ketua Merdeka Centre, Ibrahim Suffian daripada 606 responden yang disoal selidik, seramai 82 peratus bumiputera Islam berpuas hati dengan Adenan, diikuti bumiputera bukan Islam sebanyak 74 peratus manakala masyarakat Cina pula sebanyak 67 peratus.