Apandi Ali AG baru ganti Gani Patail - KSN

2015-07-29 1

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam satu kenyataan melalui Bernama mengumumkan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara (AG) ditamatkan mulai 27 Julai 2015.

Alasan yang diberikan adalah atas sebab-sebab kesihatan

Bernama juga memetik beliau mengumumkan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara yang baru berkuat kuasa semalam.