Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak berhasrat mahupun berhajat mengantikan Datuk Seri Nur Jazlan Mohamad sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Katanya, beliau selesa dengan keadaannya sekarang dan terpulang kepada pucuk pimpinan menentukan penganti Nur Jazlan yang kini adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri.