Kadir bimbang bekas menteri terpalit rasuah sertai kabinet

2015-07-29 25

Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyatakan kebimbangannya terhadap masa depan negara setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet hari ini.

Katanya, beliau kesal kerana beberapa bekas anggota jemaah menteri yang terpalit dengan gejala rasuah dilantik semula menganggotai kabinet manakala kumpulan yang mahu mendedahkan kepincangan pentadbiran negara menjadi mangsa.