ISYARAT CINTA OFFICIAL TRAILER - 19 MAC 2015 - updated link

2015-03-19 32

[TELEMOVIE] - KLIK DISINI : http://koleksidrama.com/video/isyarat-cinta-2015/ ( UPDATED!!! )

Isyarat Cinta; Lakonan Adi Putra, Liyana Jasmay, Fizo Omar.
Akan ditayangkan di pawagam pada 19/03/2015,

Sinopsis Isyarat Cinta :

Mengisahkan percintaan pasangan buta dan bisu. Cinta mula berputik selepas Iskandar (Adi Putra) seorang jutawan yang sangat rendah diri dan pemalu telah memberanikan diri menyelamatkan Dhia (Liyana Jasmay) dari satu kemalangan jalan raya sehingga membibitkan rasa cinta antara mereka.

Hubungan mereka dijalinkan melalui orang tengah iaitu Ariel (Fizo Omar) apabila segala luahan Iskandar yang cacat pendengaran itu disampaikan kepada Ariel untuk Dhia. Tetapi Ariel sendiri telah jatuh hati dengan Dhia dan tidak sanggup untuk meneruskan tugasnya sebagai perantara cinta antara Iskandar dan Dhia.

Adakah cinta Dhia dan Iskandar bakal bersatu? Bagaimana dengan perasaan istimewa Ariel terhadap Dhia? Berjayakah Ariel menambat hati Dhia? Siapakah jejaka pilihan hati Dhia sebagai teman hidup? Saksikan filem Isyarat Cinta untuk mengetahui kisah selanjutnya. Filem Isyarat Cinta akan mula ditayangkan di pawagam bermula 19 Mac 2015. Jangan lupa tonton.

Isyarat Cinta merupakan projek terbaharu syarikat produksi Suhan Movies dan RK Screen Sdn Bhd. Skripnya ditulis dan diarahkan oleh Bade Hj Azmi.

Pengarah: Bade Hj Azmi
Penerbit: Datuk Rosyam Nor

Original Sound Track OST Isyarat Cinta
Lagu Tema Filem Isyarat Cinta
Lagu: Tak Harus Memiliki
Penyanyi: Tomok